KUALA TERENGGANU: Sebanyak 11 negara akan mengambil bahagian dalam Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011 selama tujuh hari mulai 19 November depan di Kem Telaga Batin, Seberang Takir, di sini.
Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Datuk Abdullah Taib, berkata negara itu ialah Singapura, Vietnam, Jepun, Nepal, Hong Kong, Maldives, Mesir, Indonesia, Kazakhstan, Brunei dan Sri Lanka yang membabitkan 361 peserta.
"Peserta dalam negara pula membabitkan semua negeri dengan jumlah peserta hampir 10,000 orang," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011 di Kem Telaga Batin, hari ini.
Abdullah berkata, penyertaan peserta dari negara luar dan dalam negeri masih dibuka sehingga penghujung bulan ini.
Beliau berkata, Kem Telaga Batin memiliki kemudahan lengkap dan terbaik dengan 83 buah bilik, 65 buah bilik biasa dan 24 bilik tetamu kehormat. - BERNAMA
PUTRAJAYA 25 Sept. – Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang dilaksanakan tahun ini menerima maklum balas positif daripada para guru dan ibu bapa, yang antara lain menyatakan ia berjaya meningkatkan minat para pelajar untuk belajar bahasa Inggeris.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar) Prof Dr Khair Mohamad Yusof berkata ini kerana pendekatan KSSR tidak lagi berbentuk kaedah tradisi pengajaran di bilik darjah (chalk and talk) tetapi menumpukan kepada kaedah pengajaran yang menyeronokkan dalam pembelajaran bahasa Inggeris.
"KSSR ini bukan sahaja menekankan kepada kefasihan bahasa tetapi juga komunikasi antara pelajar. Ia menggunakan kaedah-kaedah lain seperti permainan dan muzik,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan lawatan 35 guru dari Selangor yang menyertai konvoi bermotosikal 1Malaysia dari Shah Alam ke kementerian di sini.
Konvoi itu singgah di beberapa tempat sepanjang perjalanan mereka untuk menyerahkan bendera Jalur Gemilang dan risalah 1Malaysia kepada orang ramai.
Mengulas kenyataan Presiden Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta) Prof Madya Dr S. Ganakumaran, yang dilaporkan sebagai berkata bahawa kurikulum pengajaran bahasa Inggeris di sekolah ketinggalan zaman, Khair berkata kurikulum yang diperkatakan persatuan berkenaan mungkin kurikulum lama.
"Kami telah memperkenalkan kurikulum baru dan setakat yang saya tahu dan saya juga telah ke sekolah-sekolah dan para guru gembira dengan kurikulum baru dan kaedah baru yang diperkenalkan,” katanya. - Bernama
KANGAR: Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid sebuah sekolah rendah di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kangar atas tuduhan pecah amanah.
Farida Ariani Fadzil, 49, dituduh melakukan pecah amanah wang dari Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM5,400 yang sepatutnya dibayar kepada 12 murid tahun satu pada 4 November 2008 di pejabat Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, guru yang tidak diwakili peguam itu tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), A. Hafiizh Abu Bakar mencadangkan mahkamah mengenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 kepada tertuduh.
Bagaimanapun tertuduh merayu jumlah jaminan itu dikurangkan kerana beliau adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai tanggungan seorang anak.
Hakim Mahkamah Sesyen, Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Tertuduh membayar ikat jamin itu. - BERNAMA
BERMULA 13 HINGGA 15 SEPT. 2011 MURID-MURID TAHUN 6 AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH.SEMOGA SEMUA CALON SK KESANG TUA DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN DENGAN TENANG DAN BETUL. SEMUA WARGA GURU & IBU BAPA MENDOAKAN SEMUA CALON BERJAYA MENCAPAI 5A.
TARIKH : 8 SEPT.2011 ( KHAMIS)
MASA : 7.00 PTG- 9.00 MALAM
TEMPAT : DEWAN SK KESANG TUA
bapa yang hadir
Ya Allah , kau permudahkanlah , lapangkanlah hati dan tenangkanlah fikiran semua calon UPSR SKKT. Semoga mereka dapat menjawab semua soalan peperiksaan UPSR dengan betul dan cemerlang. Kau tetapkanlah iman mereka dan kukuhkanlah pegangan hidup mereka menjadi anak-anak yang beriman. Amin...
Menggalakkan guru-guru menghasilkan bahan bantu mengajar yang bermaklumat dan menarik mengikut kreativiti masing-masing
Memberi peluang guru-guru meluahkan bakat dan kreativiti mereka.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
Hasil kerja mestilah yang asli.
Setiap hasil kerja adalah secara INDIVIDU.
Setiap BBM perlulah disertakan dengan maklumat
tentang bahan dan cara penggunaannya. Contoh : dibuat drp CD terpakai,sesuai untuk mata pelajaran Bahasa Melayu Tahap 1,boleh dimainkan seperti permainan dam dsb.
Setiap penyertaan hendaklah dihantar kepada :Pn. Patimahtun Zaharah A.Jalil sebelum atau pada25 JULAI2011.(ISNIN)
Tarikh : 14 Julai 2011
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan SKKT
Sasaran : Murid tahun 4 & 5
Objektif : Menguji tahap penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid terutamanya murid Tahap 2.