~~MAKLUMAN~~

SAMBUTAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2 JULAI HINGGA 20 JULAI 2012

BIDANG TUGAS

BIDANG TUGAS GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

            1.         Pengajaran dan Pembelajaran
a.         Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6       hingga 10 waktu seminggu.

·         Definisi Kemahiran Maklumat.

·         Modul Pengajaran Kemahiran Maklumat.(Catatan: bagi sekolah rendah rujuk Modul Kemahiran Maklumat Untuk Sekolah Rendah terbitan BTP manakala sekolah menengah       pula boleh merujuk buku yang sama dengan mengubahsuai   mengikut keperluan.

·         Waktu pengajaran kemahiran Maklumat:    
o   diintegrasikan dalam mata pelajaran lain (contoh:waktu perpustakaan yang menggunakan waktu BM/BI)
o    
Catatan:  semasa Guru Perpustakaan dan Media mengajar, guru sedia ada perlu bersama.

o   Di luar waktu persekolahan (petang / hari Sabtu)

·         Jadual waktu pelaksanaan perlu disediakan untuk memastikan semua kelas berpeluang mengikuti pengajaran Kemahiran Maklumat.

b.            Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

c.            Merancang dan melaksanakan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan         pembelajaran.

2.            Perancangan / Pengurusan

a.         Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama pengetua, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan pelajar sekolah.

b.         Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat          Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah.(sila     rujuk kepada pekeliling Kewangan Bil.5/2002).
c.         Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang          komprehensif, seimbang dan kemaskini (Sila rujuk buku          Dasar Pembinaan Koleksi terbitan BTP, 1994).

d.         Merancang dan mengurus program pembacaan (Program     NILAM)           dan pembudayaan ilmu. (Sila rujuk Buku      Konsep  dan   Panduan     Pelaksanaan Program NILAM            terbitan BTP dan pekeliling Iktisas Bilangan 3/1998).

e.         Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber            Sekolah.

f.          Menyedia dan mengedar minit mesyuarat Jawatankuasa      Induk dan Jawatankuasa Kerja Pusat Sumber         Sekolah.(Rujuk Pekeliling Pengurusan Mesyuarat)

g.         Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

3.            Pembangunan Sumber Manusia
           
a.         Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras program            pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

·         Mengajar kemahiran maklumat kepada pengawas PSS.
·         Mengadakan sesi perkongsian ilmu dengan AJK Pusat Sumber Sekolah
·         Mengadakan aktiviti kemahiran mmaklumat diluar waktu persekolahan(petang / hari Sabtu).

4.         Promosi / Perhubungan Luar

a.         Mempromosi dan mengadakan aktiviti-aktiviti galakguna Pusat        Sumber Sekolah

·         Minggu PSS/ Induksi PSS,
·         Bulan Membaca- Julai,
·         Hari Buku Se dunia -1 April,
·         Hari Perpustakaan Sekolah Antarabangsa – Hari Isnin Minggu keempat, bulan Oktober)
           
            b.         Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan   Negeri/Pusat Kegiatan Guru/Perbadanan          Perpustakaan  Awam          serta Agensi-agensi lain yang             berkaitan untuk  meningkatkan    perkhidmatan dan   program Pusat Sumber Sekolah.

            c.         Mempromosi dan manjadi ahli Persatuan Perpustakaan /      Pusat Sumber Sekolah.


5.         Pemantauan / Penilaian / Pelaporan

a.         Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat            Sumber Sekolah.

b.         Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung         dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

c.         Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan        pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta   kewangan Pusat Sumber Sekolah.

d.         Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah          dan Program NILAM kepada PKG mengikut keperluan.

Catatan:

Menjalankan tugas seperti yang diarahkan  oleh pihak pengurusan sekolah.

SENARAI TUGAS GURU UNIT MEDIA

1.            Membantu Penyelaras PSS dalam pengelolaan, pentadbiran dan penggunaan PSS.

2.            Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh J/Kuasa Induk.

3.            Menyedia dan menyesuaikan  Jadual Waktu TVVP dan lain-lain media Teknologi.

4.            Memastikan guru-guru membuat catatan pada buku rekod berkenaan.

5.            Membuat  penilaian terhadap program TVP dari semasa ke semasa.
6.            Menyediakan laporan-laporan mengenai penggunaan Rancangan TVP dan bahan-bahan media teknologi lain kepada J/Kuasa Induk PSS
7.            Memberi pendedahan dan latihan mengenai penggunaan Media Teknologi di PSS kepada guru-guru lain, Kerani PSS dan Pengawas
8.            Mengesyor dan menggalakkan penggunaan sumber-sumber  bagi meninggikan tahap pencapaian pengajaran dan pembelajaran
9.            Mengurus dan mengelolakan usaha-usaha produksi dan duplikasi sumber-sumber perisian media teknologi di PSS
10.         Bertanggungjawab dalam penyusunan perkakas dan perisian media teknologi di PSS
11.         Membuat penilaian mengenai perkhidmatan dan penggunaan bahan teknologi di PSS
12.         Mengenalpasti dan mencadangkan kemasukan alat/ teknologi baru mengikut keperluan dan kemampuan sekolah.
13.         Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Pengetua


 
GURU UNIT PERPUSTAKAAN


1.            Membantu Penyelaras dalam pengurusan dan pentadbiran PSS
2.            Mengkelas, merekod dan mengkatalog koleksi bahan perpustakaan
3.            Menjalankan kerja-kerja membaikpulih, menyemak dan menghapuskira koleksi/bahan perpustakaan
4.            Menceriakan suasana perpustakaan supaya dapat menarik minat pelajar menggunakan perpustakaan
5.            Menyediakan rancangan pembangunan fizikal, perabot dan koleksi bahan
6.            Menyediakan perancangan dan melakukan promosi  aktiviti perpustakaan yang bersesuaian dengan objektif PSS
7.            Menubuhkan J/Kuasa  Guru Pembantu Perpustakaan  dan pengagihan bidang tugas
8.            Mengadakan orientasi bagi pelajar-pelajar baru supaya mereka tahu menggunakan PSS dengan baik dan betul
9.            Mempromosi dan mempamerkan koleksi bahan-bahan baru yang diterima untuk makluman guru dan pelajar
10.         Mengatur jadual waktu penggunaan perpustakaan mengikut keperluan di sekolah
11.         Melatih dan menyelia Kerani dan Pengawas Perpustakaan untuk membantu menguruskan perpustakaan
12.         Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
13.         Memperoleh dan menyemak Bibliografi-bibliografi, Katalog-katalog daripada penerbit-penerbit atau punca-punca tertentu untuk mengetahui jenis-jenis buku yang perlu dan dapat dibeli.
14.         Mengajar kemahiran pengendalian maklumat kepada guru-guru, dan pelajar mengikut keperluan.
15.         Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun



SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK PUSAT SUMBER SEKOLAH



1.            Merancang kewujudan PSS dan merangka peranan, kepentingan dan strategi perkembangannya.

2.            Menentukan sumber kewangan PSS.

3.            Mengagih dan menyelaraskan peruntukan dalam pembelian bahan-bahan PSS seperti bahan cetak (buku dan lain-lain), media teknologi dan bahan-bahan bantu mengajar/ belajar.

4.            Melakukan anggaran perbelanjaan mengurus PSS yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja.

5.            Bertanggungjawab dalam pengurusan penggunaan. Contohnya: menentukan jadual tugas, jadual waktu penggunaan PSS, peruntukan masa pinjaman dan lain-lain

6.            Merangka strategi perkembangan PSS iaitu membuat unjuran mengenai keperluan-keperluan di masa akan datang. Contoh-contohnya: keperluan fizikal, keperluan bahan-bahan dan kegiatan-kegiatan lain seperti pameran dan sebagainya.

7.            Merancang untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak tertentu dalam bentuk moral dan material. Contohnya: wang tunai, buku-buku, bahan bantu mengajar, bahan media teknologi, kepakaran tertentu dan sebagainya.

 

GURU PANITIA MATAPELAJARAN / PENASIHAT KELAB

1.            Membantu J/Kuasa PSS memilih dan mendapatkan  alat dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk kegunaan guru dan pelajar.

2.            Membantu J/Kuasa PSS menilai keberkesanan alat dan bahan media yang dibeli atau dihasilkan sendiri.

3.            Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh Pengetua.

4.            Merancang pembangunan koleksi bahan mengikut mata pelajaran.

5.            Membantu menyusun, mempromosi dan menyediakan senarai alat/bahan mengikut kemudahan guru-guru.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...