~~MAKLUMAN~~

SAMBUTAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2 JULAI HINGGA 20 JULAI 2012

KOLEKSI BAHAN


KOLEKSI BAHAN BACAAN

Koleksi bahan bacaan adalah semua bahan sumber maklumat bercetak yang diselenggara dan disimpan di Pusat Sumber Sekolah untuk
digunakan oleh pelajar dan guru. Koleksi bahan bacaan boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori, antaranya adalah :
·  Buku Fiksyen
·  Buku Bukan Fiksyen ( Pinjaman )
·  Buku Bukan Fiksyen ( Rujukan )
·  Bahan Terbitan Berkala.
·  Bahan khusus.

BUKU FIKSYEN
Buku fiksyen merupakan karya sastera yang diterbitkan daripada rekaan atau khayalan seseorang pengarang. Buku fiksyen dapat diklasifikasikan
mengikut bahasa, antaranya :

·  Buku Fiksyen Melayu
·  Buku Fiksyen Inggeris
·  Buku Fiksyen Cina
·  Buku Fiksyen Tamil
·  Buku Fiksyen Arab

Kebiasaannya cerita- cerita yang terdapat dalam buku-buku fiksyen adalah :
·  Cerita Sains
·  Cerita Nasihat
·  Cerita Dongeng
·  Cerita Khayalan
·  Cerita Binatang
·  Cerita Rakyat



















BUKU BUKAN FIKSYEN
Buku bukan fiksyen terdiri daripada buku bukan fiksyen untuk pinjaman dan buku bukan fiksyen untuk rujukan. Buku bukan fiksyen pinjaman merupakan buku-buku bukan fiksyen yang diberi pinjamkepada pengguna.
Buku bukan fiksyen rujukan adalah buku-buku yang digunakan untuk rujukan sahaja dan tidak dibenarkan dipinjam oleh pengguna. Semua buku bukan fiksyen dikelas dibawa sepuluh bidang utama iaitu :
·  Karya am
·  Falsafah
·  Agama
·  Sains Kemasyarakatan
·  Bahasa
·  Sains Tulen
·  Teknologi
·  Kesenian
·  Kesusasteraan
·  Sejarah & Geografi


BUKU RUJUKAN

Buku-buku rujukan bukanlah buku untuk dibaca berterusan tetapi khas untuk mencari maklumat tentang sesuatu perkara, antaranya maklumat tentang makna perkataan, sesuatu kejadian, peristiwa, berita, fakta, butiran tentang tempat, data dan sebagainya. Buku rujukan terdiri daripada :

a. Buku Rujukan Umum
b. Buku Rujukan Am
c. Buku Rujukan Khusus
d. Bahan Khusus

BUKU RUJUKAN UMUM

Buku rujukan umum merupakan buku-buku bacaan tambahan serta memenuhi keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran pelajar, berkaitan dengan mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah dan memenuhi kehendak kurikulum. Buku rujukan umum terdiri daripada buku-buku ilmiah.







BUKU RUJUKAN AM

Buku-buku rujukan am memberi maklumat umum dan berguna untuk semua orang. Ia berguna untuk rujukan cepat tetapi tidak begitu mendalam. Di antara buku rujukan am adalah :
a. Almanak
b. Atlas
c. Direktori
d. Ensiklopedia umum
e. Gazetir
f. Kamus umum


BUKU RUJUKAN KHUSUS

Buku-buku rujukan khusus memberi maklumat semasa secara terperinci,
mendalam dan khusus untuk pengguna-pengguna tertentu sahaja. Ia
mengandungi maklumat terperinci mengenai satu cabang ilmu sahaja.
 Di antara buku rujukan khusus adalah :

a. Abstrak
b. Bibliografi khas
c. Biografi Individu
d. Ensiklopedia Khusus
e. Buku Glosari
f. Buku Indeks
g. Buku Istilah
h. Kamus khusus

BAHAN KHUSUS

Bahan khusus merupakan bahan yang diterbitkan berdasarkan sesuatu perkara atau bidang khusus. Di antara bahan khusus adalah :

a. Kertas Seminar
b. Pekeliling
c. Tesis
d. Maklumat perangkaan










KOLEKSI BUKU MALAYSIANA
Koleksi buku Malaysiana terdiri daripada buku-buku yang diterbitkan di
Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia, mengenai Malaysia sama ada diterbitkan di dalam atau di luar Malaysia.


KOLEKSI BUKU NADIR

Koleksi buku nadir terdiri daripada buku-buku lama yang diterbitkan sebelum 1900 atau terbitan yang jarang atau sukar didapati.

BAHAN TERBITAN BERKALA

Bahan Terbitan Berkala merupakan bahan yang diterbitkan secara berkala atau bersiri. Bahan-bahan ini mungkin diterbitkan seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau mengikut jangka masa tertentu.
Di antara bahan terbitan berkala adalah :

·  Buletin
·  Jurnal
·  Laporan Tahunan
·  Majalah
·  Risalah
·  Surat khabar


ABSTRAK

Abstrak adalah satu penerbitan yang merupakan sesuatu perwakilan yang lepas dan ringkasan tentang isi kandungan sesuatu dokumen serta mengikut gaya penulisan yang sama dengan dokumen yang asal. Abstrak digunakan adalah untuk membantu pembaca :

·  Menilai isi kandungan sesuatu dokumen dan potensi kesesuaiannya.
·  Membuat nota dan catatan yang berkesan
·  Tentang bahan semasa.
·  Dalam penyampaian laporan.
·  Dalam pemilihan dokumen yang sesuai dan mengumpulan maklumat     
   yang dikehendaki








ALMANAK

Almanak merupakan koleksi pelbagai fakta dan maklumat perangkaan. Ia juga merupakan kalender tahunan yang mengandungi senarai haribulan dengan maklumat lain seperti terbit dan masuk matahari, air pasang surut, peredaran bulan dan ramalan cuaca. Almanak digunakan untuk mendapatkan maklumat perangkaan atau fakta mengenai bidang-bidang tertentu dengan cepat dan mendalam.
contoh almanak


BIBLIOGRAFI

Bibliografi merupakan satu senarai nama buku atau daftar penerbitan bercetak yang disusun mengikut nama pengarang, judul atau subjek dan disusun dalam susunan berabjad. Ia terdapat dibahagian akhiran sesebuah bahan penerbitan bercetak. Bibliografi mengandungi judul buku, nama pengarang, tempat dan tahun diterbitkan. Bibliografi dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

·  Bibliografi di bahagian akhiran buku.
·  Bibliografi jilid khas atau buku.

Tujuan menggunakan Bibliografi adalah untuk :

·  Memudahkan pembaca mencari buku rujukan lain yang berkaitan  
  dengan isi kandungan buku yang telah dibaca.
·  Menggalakkan pembaca membuat rujukan tambahan .
·  Untuk memudahkan pengguna mencari maklumat yang diperlukan
  tanpa mengetahui dengan lengkap setiap butiran tentang sesuatu  
  bahan.














BIOGRAFI

Biografi adalah buku yang mengandungi koleksi maklumat mengenai riwayat hidup individu. Tujuan menggunakan buku biografi adalah :

·  Untuk mendapatkan maklumat tentang seseorang tokoh dengan lebih
mendalam sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia.
contoh biografi


ENSIKLOPEDIA

Ensiklopedia merupakan bahan rujukan yang memuatkan maklumat luas
tentang semua cabang ilmu pengetahuan yang pada umumnya disusun
mengikut abjad. Ensiklopedia memuatkan semua tajuk tentang peristiwa atau fakta dan mampu menjawab persoalan tentang apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana kecuali hal-hal yang bersifat mutakhir.
Penghuraiannya jelas dan kadang-kadang ia dilengkapi gambar-gambar dan ilustrasi bergambar untuk menjelaskan lagi maksud yang hendak disampaikan.

Ensiklopedia terbahagi kepada dua jenis iaitu :

·  Ensiklopedia umum
Ia terdiri daripada beberapa jilid yang mengandungi maklumat am tentang perkara atau bidang tertentu.
·  Ensiklopedia Khusus
Ia terdiri daripada satu jilid atau beberapa jilid dan mengandungi
keterangan yang lebih khusus dan mendalam bagi satu-satu perkara
atau bidang yang berkenaan.

Tujuan menggunakan ensiklopedia adalah :

·  Untuk mendapatkan gambaran umum tentang sesuatu perkara atau topik
dengan merujuk ensiklopedia umum.
·  Untuk mendapatan maklumat mendalam tentang sesuatu perkara atau
topik dengan merujuk ensiklopedia khusus.










GAZETIR
Buku gazetir memberi maklumat geografi dan data mengenai tempat-tempat atau lokasi. Ia tidak memberi definisi istilah-istilah geografi. Selain daripada maklumat geografi ia juga menyediakan maklumat berkenaan sejarah, perangkaan, kebudayaan dan fakta-fakta yang lain mengenai tempat-tempat.
Gazetir disusun mengikut abjad.

Tujuan menggunakan gazetir
Gazetir digunakan untuk mencari maklumat geografi, sejarah dan ekonomi sesuatu tempat.
Ch: Chambers World Gazetteer


GLOSARI

Glosari merupakan satu senarai keterangan tentang istilah atau perkataan tertentu mengikut tajuk atau bidang berserta takrifnya yang disusun menurut abjad, khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.

Terdapat dua jenis glosari iaitu:
·  Glosari yang terdapat pada halaman glosari di bahagian akhiran buku bagi buku bukan fiksyen.
·  Buku Glosari, sebuah buku khas yang menerangkan maksud perkataanperkataan tertentu dalam bidang-bidang tertentu.

Tujuan menggunakan glosari

·  Glosari memudahkan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu
perkataan atau istilah yang kurang jelas.
·  Ia juga mempercepatkan pencarian maklumat yang tepat supaya pembaca dapat memahami isi kandungan sesuatu buku tanpa merujuk kepada kamus.
Ch: Glosari khusus untuk Teknologi Maklumat
















INDEKS

Satu senarai petunjuk yang disusun secara berabjad mengenai sesuatu
maklumat seperti perkataan atau topik.

Tujuan Indeks
·  Memudahkan pembaca mengesan maklumat tertentu di dalam sesebuah
buku yang dibaca.
·  Memudahkan pembaca merujuk di mana maklumat tertentu didapati.

Jenis-jenis Indeks

·  Indeks di bahagian akhir buku.
·  Indeks Jilid Khas.



ISTILAH

Perkataan yang mempunyai makna yang khas dalam sesuatu bidang ilmu
pengetahuan.

Tujuan menggunakan istilah :

·  Untuk mendapatkan ejaan yang betul.
·  Untuk membuat terjemahan.
·  Untuk ketepatan penggunaan perkataan.

Jenis Istilah

·  Halaman Istilah.
Halaman Istilah biasanya terdapat di bahagian akhiran buku.

·  Buku Istilah.
Buku Istilah merupakan buku khusus tentang sesuatu istilah dalam bidang tertentu.














KAMUS

Kamus merupakan buku koleksi perkataan dan maklumat tentang perkataan seperti definisi, makna , asal-usul, sebutan, sukukata, tatabahasa, penggunaan, dan kedudukan semasa dalam susunan berabjad.

Kamus terdiri daripada beberapa jenis, antaranya adalah :
a. Kamus umum ialah kamus biasa yang mengandungi maklumat
seperti :
- Makna sesuatu perkataan
- Cara menggunakan perkataan
- Ejaan yang betul

b. Kamus Terjemahan
Kamus jenis ini hanya memberi makna sesuatu perkataan dalam
satu bahasa ke bahasa yang lain.

c. Kamus Perkara Khas ( Kamus khusus )
Kamus ini memberi maklumat yang terperinci mengenai sesuatu
perkataan dalam sesuatu bidang tertentu.

Tujuan menggunakan kamus adalah :
a. Untuk mencari makna atau definisi perkataan .
b. Untuk mengetahui asal-usul perkataan.
c. Untuk mengetahui bagaimana sesuatu perkataan disebut.
d. Untuk mengetahui jenis perkataan.
e. Untuk menunjukkan cara menggunakan perkataan.
f. Untuk mengetahui ejaan yang betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...