~~MAKLUMAN~~

SAMBUTAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2 JULAI HINGGA 20 JULAI 2012

NILAM


Pengenalan
NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca di kalangan warga sekolah.
Matlamat

Membina tabiat membaca yang berkekalan di kalangan pelajar.
Objektif
·         Menjadikan murid banyak membaca.  
·         Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.
Tiga Elemen Program NILAM

a. Rekod Membaca

Setiap pelajar merekodkan buku yang dibaca dalam Buku Rekod Membaca NILAM.

b. Pengesahan Pembacaan

Guru Kelas atau lain-lain yang diberi kuasa mengesahkan rekod bacaan pelajar.

c. Pengiktirafan

Pengiktirafan diberi kepada pelajar berdasarkan bilangan buku yang dibaca.


Tahap Pencapaian Program NILAM
Tahap Jauhari
Membina kemahiran dan minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Semua pelajar diwajibkan mengikuti galakan membaca tahap Jauhari.

a. Sekolah Rendah
Pelajar mengikuti aktiviti galakan membaca sebaik sahaja mereka menguasai kemahiran asas (pertengahan Tahun Satu).
Jumlah Bacaan Buku
Pengiktirafan
90-179
Gangsa
180-269
Perak
270-359
Emas
360 ke atas
NILAM

b. Sekolah Menengah
Jumlah Bacaan Buku
Pengiktirafan
72-143
Gangsa
144-215
Perak
216-287
Emas
288 ke atas
 NILAM
Tahap Rakan Pembaca (RP)
  • Setelah membaca 100 buah buku, pelajar layak memasuki Tahap Rakan Pembaca.
  • Pelajar mendapat bimbingan daripada guru (fasilitator)
  • Pelajar menjalankan aktiviti bercerita, membaca bersama, bicara buku bersama, rakan, keluarga dan jiran.
SISTEM GANJARAN RAKAN PEMBACA
Jumlah Bacaan Buku
Pengiktirafan
90-179
Gangsa
180-269
Perak
270-359
Emas
360 ke atas
NILAM



Pengiktirafan:
Tahunan
  • Buku Rekod Kemajuan
  • Kad Kumulatif
Keseluruhan
  • Selepas 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Surat Akuan Sekolah
Murid yang berjaya menamatkan program NILAM berkeistimewaan untuk pemilihan ke Sekolah Kawalan, Sekolah Berasrama Penuh, Kelas Ekspres, Penajaan Biasiswa dan Institut Pengajian Tinggi.


Cadangan Aktiviti NILAM
  • Program Iqra'
  • Membaca Bersama
  • Ceramah Buku
  • Pertandingan Bercerita
  • Khemah Membaca
  • Pameran Buku
  • Teater Membaca
Masa yang disarankan untuk Program NILAM
  • Dimasukkan dalam jadual waktu, satu waktu dalam pengajaran bahasa.
  • Masa Khas - contoh 10 minit sebelum waktu sekolah bermula dan waktu rehat.
  • Waktu untuk aktiviti perpustakaan.
  • Menggunakan waktu senggang untuk membaca.
Sumber Bahan Bacaan
  • Perpustakaan Sekolah
  • Perpustakaan Awam
  • Perpustakaan Keluarga
  • Sudut Bacaan di Masjid
  • Perpustakaan FELDA
  •  
  • Perpustakaan KEMAS
Statistik selepas 10 tahun Pelaksanaan:
Melihat kepada statistik data yang dikumpul setiap tahun berkaitan pelaksanaan program ini, kita dapati penglibatan murid-murid kian meningkat dengan statistik terakhir menunjukkan 84.68% murid-murid terlibat dalam program ini. Namun begitu, usaha kita tidak akan berhenti setakat ini sahaja dalam membentuk budaya membaca dalam kalangan murid-murid. Kita bertekad untuk mencapai sasaran kita iaitu penglibatan 100% murid dalam Program NILAM dan seterusnya membudayakan amalan membaca ini di luar lingkungan persekolahan iaitu dalam erti kata lain memasyarakatkan program NILAM.

Strategi KPM khasnya BTP ,BTPN,PKG bagi mencapai sasaran 100%:

Bagi mencapai penglibatan 100% murid dalam program NILAM, pelbagai usaha giat telah dan sedang dijalankan di peringkat Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN), Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian(PTPB) dan juga Pusat Kegiatan Guru(PKG), dengan kerjasama yang baik daripada Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dalam merangka program-program galakan membaca. Sebagai contoh, beberapa aktiviti sokongan bagi memantapkan lagi Program NILAM ini telah diadakan seperti Khemah Membaca, Kem Penulis Muda, Program Jejak Maklumat, Pertandingan Bercerita, Resensi Buku dan juga pameran-pameran buku yang mendapat sokongan dari Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Selain daripada itu, Jemaah Nazir juga mengambil kira elemen pelaksanaan Program NILAM sewaktu pemantauan ke sekolah-sekolah. Secara tidak langsung ini menunjukkan penegasan KPM mengenai peri pentingnya program ini dilaksanakan. Dalam masa yang sama pihak pentadbir sekolah perlu memberi kerjasama dan perhatian dalam merangka, mengurus, melaksana dan memantau program-program galakan membaca yang dirancang oleh Guru Perpustakaan & Media (GPM).
KPM juga sedang memantapkan pekeliling berkaitan pelantikan GPM Cemerlang dalam usaha memberi pengiktirafan kepada GPM selaku individu yang bertanggungjawab secara lansung dalam menjayakan Program NILAM di peringkat sekolah.

 Memang pihak KPM amat mengalu-alukan  sebarang inisiatif pihak swasta untuk bersama-sama menjayakan dan menyemarakkan Program NILAM. Sehingga kini, pihak KPM telah mengadakan beberapa kerjasama pintar dengan beberapa buah syarikat dalam aspek peningkatan kualiti prasarana dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah serta meningkatkan  budaya membaca. Sebagai contoh: Syarikat RHB telah mengadakan Program ”Lets READ” dimana sekolah luar bandar yang terpilih telah di beri sumbangan dan khidmat bantu dari segi penyediaan sistem automasi, penambahan koleksi bahan dan pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) manakala Syarikat NCIA pula telah menubuhkan makmal yang bercirikan Pusat Sumber Digital di sekolah-sekolah di Koridor Utara dan yang terkini  sebuah penerbit buku iaitu Syarikat Scholastic Malaysia Sdn. Bhd pula telah bercadang untuk mengadakan program ”READ2009:One Nation Reading Together ”. Syarikat ini juga terlibat secara lansung dalam menjayakan Bengkel Khemah Membaca Kebangsaan 2009. Program-program seperti ini memang dapat menyumbang, menyokong dan mengaktifkan program NILAM seterusnya meningkat  budaya membaca dalam kalangan murid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...