~~MAKLUMAN~~

SAMBUTAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2 JULAI HINGGA 20 JULAI 2012

MATLAMAT & OBJEKTIF

MATLAMAT PERPUSTAKAAN

Mewujudkan masyarakat guru dan pelajar yang gemar dan arif menggunakan perpustakaan.


OBJEKTIF PERPUSTAKAAN

v  Mewujudkan budaya ilmu di kalangan pelajar.
v  Melengkapkan perpustakaan dengan bahan-bahan untuk sumber ilmu
v  Menyediakan bahan rujukan yang pelbagai, khusus untuk pengajaran dan pembelajaran.
v  Membentuk golongan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek.


PERATURAN - PERATURAN PERPUSTAKAAN

Peminjaman dan pemulangan buku

a) Setiap pelajar dibenarkan meminjam dua buku sekali pinjaman.

b) Waktu peminjaman dan pemulangan buku ialah waktu perpustakaan dibuka.

c) Tempoh pinjaman

§ Buku fiksyen dan buku bukan fiksyen selama 1 minggu

§ Buku ulangkaji selama 3 hari.

d) Denda

Buku yang dilewatkan pulang.

i) Buku fiksyen

- hari pertama 10 sen.

- hari berikutnya 5 sen sehari.

ii) Buku ulangkaji

- hari pertama 20 sen

- hari berikutnya 10 sen.

iii) Buku yang hilang

- harga buku dan denda tambahan RM 2

2. Kad pinjaman

a) Semua pelajar wajib mempunyai kad pinjaman perpustakaan.

b) Kad biru untuk buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

c) Harga kad 30 sen sekeping.

e) Semua pelajar perlu menjaga kad pinjaman mereka supaya ia sentiasa berada dalam keadaan baik.

3. Peraturan-peraturan lain

a) Pelajar diingatkan bahawa semua undang-undang sekolah sesuai diamalkan di dalam perpustakaan.

b) Pelajar dikehendaki senyap ketika berada di dalam perpustakaan.

c) Pelajar tidak dibenarkan berada di dalam perpustakaan sewaktu pembelajaran kecuali bersama guru.

d) Pelajar tidak dibenarkan makan , minum dan tidur di perpustakaan.

e) Pelajar dikehendaki menyusun semula buku yang telah dibaca dan sentiasa menjaga kebersihan perpustakaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...