~~MAKLUMAN~~

SAMBUTAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2 JULAI HINGGA 20 JULAI 2012

May 23, 2011

SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA


Sambutan Hari Buku Sedunia ialah pada 23 April setiap tahun. Pada tahun 2011 Guru Besar SK Kesang Tua, En. Rosli bin Karim telah melancarkan sambutan Hari Buku Sedunia peringkat sekolah pada  9 Mei 2011 yang lalu. 

 SAMBUTAN HARI BUKU SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH 2011


PENGENALAN
     Sejak tahun 1996, Pertubuhan Pendidikan, Sains, dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) telah menetapkan tarikh 23 April setiap tahun sebagai Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

    Setiap tahun, lebih daripada 100 buah negara merayakan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan perbukuan dan perlindungan harta intelek.

    Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MKBM) ingin menyarankan agar Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini turut disambut pada peringkat sekolah bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah.  

    Oleh yang demikian, sekolah digalakkan mengadakan satu perhimpunan khas sebagai menyambut Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia ini.

   Antara aktiviti lain yang boleh dilaksanakan ialah aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dan perbukuan bagi mengembangkan budaya membaca dalam kalangan pelajar di seluruh negara.

OBJEKTIF
*meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat.

*memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai adanya hari untuk buku dan hak cipta yang diiktiraf oleh badan antarabangsa.

*memberi peluang kepada masyarakat terutama pelajar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perbukuan


AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN

  1. Pertandingan Mewarna Poster  (Pra ,Tahun 1)-waktu PSV
  2. Pertandingan Melukis Kulit Buku (Tahun 2, 3, & 4-waktu PSV)
  3. Pertandingan Menghasilkan Poster Membaca (Tahap 5&6)-waktu PSV
  4. Pertandingan Menghasilkan Buku Besar/ ‘Big Book’ (Guru) 
  5. Permainan Dalaman – Sahibba,dam,scrabble,dam ular ( Waktu Rehat )
BUKU BESAR - TEMPAT KETIGA
    BUKU BESAR - TEMPAT KEDUA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...