Renungan
Setiap sesuatu di dunia ini mempunyai dua wajah; positif atau negatif; hitam atau putih; buruk atau baik; cemerlang atau kecundang; begitu juga sikap dan perlakuan kita sebagai guru-guru yang bukan sahaja profesional sifatnya malah menunjukkan ciri-ciri profesionaliti yang tinggi sepanjang masa.
Antara ciri-ciri membezakan antara guru yang profesional dengan guru yang tidak; rujuk senarai semak berikut, dan marilah kita menukar sikap, persepsi dan posisi kita agar menjadi lebih perkasa dan berwibawa dalam melaksanakan tugas mulia sebagai seorang guru.
Guru yang Profesional | Guru yang tidak Profesional |
Mula kerja awal pagi | Mula kerja setelah loceng berbunyi |
Sedia bergerak awal hari | Sudah pun letih di awal pagi |
Mengurus dengan merancang | Mengurus dengan krisis |
Ada perancangan & matlamat | Ada berbagai alasan |
Berpakaian secara 'profesional' | Berpakaian selekeh |
Guna waktu luang sebagai waktu | Guna waktu luang mengumpat dan mengeji 'kerja' |
Suka ikuti latihan kerana berikan perkem bangan profesional | Komen tentang latihan dan pelik mengapa ianya perlu |
Dalam mesyuarat mereka duduk di mana mereka boleh belajar | Dalam mesyuarat mereka duduk di tepi pintu |
Cari perkara-perkara untuk dipuji | Cari perkara-perkara untuk dikomplen |
Berusaha cari punca sesuatu tidak berjalan | Salahkan orang lain bila sesuatu tidak berjalan |
Sedia buat keputusan dan selesai masalah | Bertanya "Apa patut saya buat?" |
Lihat pentadbir sebagai rakan kongsi dalam pendidikan | Lihat pentadbir sebagai tempat melepaskan geram |
Melanggan dan membaca jurnal profesional | Fikir jurnal profesional sebagai membazir kan wang sahaja |
Mendapat penghormatan setiap hari | Merungut kerana tidak dapat penghormatan |
Buat yang terbaik | Buat apa orang lain buat |
Kembangsuburkan kerjaya mereka | Bimbang tentang kerja mereka |
No comments:
Post a Comment