~~MAKLUMAN~~

SAMBUTAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2 JULAI HINGGA 20 JULAI 2012

Dec 2, 2010

NAK RAJIN BACA BUKU?

Cara-Cara Nak Rajin Baca Buku


Salam to all,

Ada di antara kita yang mendapati amat susah untuk memulakan sesuatu perkara terutama yang tidak disukai ataupun yang tidak pernah kita cuba. Akibatnya apa yang perlu dilakukan sering ditangguh untuk menanti bila ada mood, idea, masa, daya penggerak semangat atau motivator untuk push kita. Tunggu punya tunggu, akhirnya semua hilang. Mood hilang, idea hilang, masa terbuang, motivator lari. End up kita tidak buat langsung. Contoh yang paling ketara ialah membaca. Rakyat Malaysia masih dianggap tidak suka membaca. Kalau kita buat a quick survey di stesyen komuter, LRT, airport, stesyen bas dan tempat-tempat menunggu, kita boleh kira dengan jari tangan pun cukup...bilangannya tak sampai sepuluh yang kita lihat sedang membaca.Yang lain?, ada yang tidur, makan, bergayut ditelefon, mengumpat, dan termenung.

So, macam mana nak didik diri suka membaca?. Tips ini datang dari pengalaman saya sendiri.

Gambar hiasan dari BALTYRA.com

Pertama: Cari minat. Cuba perhatikan di sekitar kita, dalam kehidupan seharian, mesti ada sesuatu yang menarik minat kita. Contoh, kita suka shopping kasut atau handbags. Dari situ kita latih diri kita untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang kasut dan handbag. Ciri-ciri kasut macam mana sesuai untuk jenis kaki. Stail handbag bagaimana yang sesuai mengikut usia, bahan buatan yang tahan lasak, cara menyimpan beg. Selain itu mungkin kita juga ingin tahu tips penjagaan kaki, yang pastinya berkaitan dengan cara dan jenis kasut yang kita pakai. Apa kesannya jika kita selalu pakai kasut tinggi. Sudah pastinya kita akan dapat maklumat sebegini sama ada dalam internet ataupun dalam buku. Secara tidak langsung, kita akan didik diri untuk membaca.

Kedua: Jangan tamak. Semua nak buat. Mulakan minat dengan memfokus kepada satu-satu bidang dahulu. Kalau kita suka makan, mengapa tidak kita cuba masak?. Cari buku resipi dan cubalah pelbagai resepi. Kalau kita ni jenis suka makan di luar, kita fokus pada pengetahuan mengenai amalan pemakanan untuk kesihatan. Kalau kita suka pada pakaian cantik, carilah buku mengenai fesyen ataupun buku yang berkaitan dengan jahit menjahit. Kalau kita selalu tempah baju pada tukang jahit, bayangkan diri kita menjahit baju sendiri. Carilah buku belajar menjahit.

Ketiga: Reserve duit untuk buku. Pada setiap bulan, reserve sedikit wang untuk beli buku. Tidak perlu mulakan dengan yang mahal. Beli satu buku yang ada maklumat tentang apa yang kita mahu tahu. Yang harganya kurang dari RM10 pun buku juga. Saya percaya bahawa kualiti sesuatu buku tidak terletak pada harganya, tetapi ia terletak pada apa yang kita mahukan dari buku itu.

Keempat: Beli buku sendiri. Elak dari meminjam buku orang lain untuk kita baca. Nanti kita membaca tanpa kualiti kerana desakan masa untuk memulangkan buku. Kalau beli buku sendiri, kita akan membacanya kerana kita dah spend duit sendiri. Rugilah kalau tidak membaca.

Kelima: Masa. Buku dah dibeli. Jadi, kenalah baca. Bila nak baca?. Bila-bila masa yang kita tentukan sendiri. Jangan ada orang lain tetapkan masa untuk kita membaca. Dalam 24 jam, pasti ada 20 minit yang kita free. Bohong kalau ada yang kata tiada. Jangan pilih masa hendak tidur baru kita membaca. Ketika itu otak kita dah penat. Masa paling baik ialah ketika kita sedang menunggu. Dengan cara membaca, kta boleh atasi masalah jemu menanti, dalam masa yang sama kita dapat ilmu. Killing two birds with one stone. Sambil menyelam minum air.

Keenam: Buku depan mata. Maksudnya, kita kena letak buku di tempat yang kita selalu nampak, Kalau setiap minit kita nampak dia, tak kan tidak mahu jenguk isinya langsung.

Ketujuh: Berdikit-dikit. Lama-lama jadi bukit. Membaca buku tidak semesti kita mengadapnya dari mula sampai habis dalam satu waktu, macam kita baca novel Enid Blyton masa sekolah dulu. Take your time untuk selami kandungan dengan minat. Catat points yang menarik.

Kelapan. Catatan tarikh baca. Catat dengan pensil, tarikh pada setiap muka surat yang kita telah baca. Tujuannya untuk mengingatkan kita, bila kali terakhir kita baca buku itu. Anggapkan ini satu catatan yang sentimental dan personal bagi anda. Anggapkan ini tarikh jumpa buah hati. Apa rasa kalau lama tidak berjumpa?.

Kesembilan: Anggap membaca macam vitamin. Kalau tidak makan vitamin macam mana nak sihat?. Tenaga tidak ada untuk lakukan kerja. Lama kelamaan kita akan rasa lemah sangat. Begitulah otak yang tidak disemai dan dibaca dengan ilmu yang ada dalam buku.

Kesepuluh: Daftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran. Pastinya kita kena membaca walaupun terpaksa. Dengan cara ini lama kelamaan kita akan jadi terbiasa.

Banyak lagi yang boleh dikongsi tapi nanti terlalu panjang pula nak dibaca.

Apa-apa pun, mulakan selangkah dahulu. JANGAN TUNGGU. Lakukan terus apa yang perlu dilakukan.

Selamat maju jaya. Semoga kita sama-sama berada dalam golongan orang yang minat membaca dan orang-orang yang mahukan otak sentiasa berkembang. Kurang membaca boleh menjadikan otak kita jadi TEPU. Bila otak dah tepu, mulalah kita akan memandang persekitaran kita dengan persepsi negatif sahaja akibat cetek fikiran. I'm sure we do not wish to be like that, kan? So, berjinak-jinaklah dengan amalan suka membaca.

Posted by Zaiyus

1 comment:

  1. salam, satu artikel yg menarik. mmg bagus isi kandungannya.

    "Rakyat Malaysia masih dianggap tidak suka membaca. Kalau kita buat a quick survey di stesyen komuter, LRT, airport, stesyen bas dan tempat-tempat menunggu, kita boleh kira dengan jari tangan pun cukup...bilangannya tak sampai sepuluh yang kita lihat sedang membaca.Yang lain?, ada yang tidur, makan, bergayut ditelefon, mengumpat, dan termenung."

    yg sy perhatikan, rakyat Malaysia sgt suka membaca. sy perhatikan di mana2 saja, samada di bus stop, stesen komuter, dlm tren, di shopping kompleks dan byk lagi tempat. hakikatnya, rakyat Malaysia sangat suka membaca SMS!! :)

    saja saya singgah di laman blog ni. seronok bila melihat kewujudan blog perpustakaan yg juga menulis artikel dan pandangan tentang aktiviti membaca buku.

    terima kasih juga sy ucapkan di atas kesudian pihak blog ini menjadi followers di blog saya. moga ukhuwah yg terjalin menguntum sejuta kemesraan di hati sanubari. :)

    wassalam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...