~~MAKLUMAN~~

SAMBUTAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2 JULAI HINGGA 20 JULAI 2012

Jun 6, 2011

ADAB SEORANG GURU


Dalam buku Bidayatul Hidayah  karangan Imam Al-Ghazali (505H). Beliau ada memberi peringatan dan nasihat kepada para guru dan pendidik tentang ‘Adab-adab Seorang Guru’. Semoga bermanfaat untuk muhasabah diri.

Berkata Imam Al-Ghazali:
“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:

1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).

2- Lambat marah.

3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.

4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.

5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.

6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.

7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8- Membimbing murid yang bebal.

9- Tidak memarahi murid yang bodoh.

10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).

11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.

16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.

17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).

Lihat: Al-Ghazali, Abu Hamid (505H), Bidayatul Hidayah (diterjemahkan oleh: Ahmad Fahmi Zamzam), m/s 155-157, Kedah: Al-Khazanah Al-Banjariyah (edisi Jawi, Oktober 1993).

2 comments:

  1. Bagus topik ni saya suka.Kalau cikgu nak anak dan anak murid beradab cikgu mesti beradap supaya menjadi contoh. Seperti kata pepetah Cikgu kencing berdiri Murid kencing berlari.

    ReplyDelete
  2. ya cikgu eyta...harap2 kita jadi guru yg menjadi contoh kpd ank2 didik yer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...