~~MAKLUMAN~~

SAMBUTAN BULAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH 2 JULAI HINGGA 20 JULAI 2012

Oct 3, 2011

11 negara sertai Jambori Malaysia ke-12 di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 11 negara akan mengambil bahagian dalam Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011 selama tujuh hari mulai 19 November depan di Kem Telaga Batin, Seberang Takir, di sini.

Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Datuk Abdullah Taib, berkata negara itu ialah Singapura, Vietnam, Jepun, Nepal, Hong Kong, Maldives, Mesir, Indonesia, Kazakhstan, Brunei dan Sri Lanka yang membabitkan 361 peserta.
"Peserta dalam negara pula membabitkan semua negeri dengan jumlah peserta hampir 10,000 orang," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja Jambori Malaysia ke-12 dan Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu 2011 di Kem Telaga Batin, hari ini.
Abdullah berkata, penyertaan peserta dari negara luar dan dalam negeri masih dibuka sehingga penghujung bulan ini.

Beliau berkata, Kem Telaga Batin memiliki kemudahan lengkap dan terbaik dengan 83 buah bilik, 65 buah bilik biasa dan 24 bilik tetamu kehormat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...